“LAA ILAHA ILLALLAH” adalah pokok kebenaran

Laa Ilaha Illallah” adalah Konsepsi Ketuhanan yang paling suci & paling benar yang dikirim oleh Allah kepada manusia melalui perantaraan Nabinya. Itulah pengetahuan yang dimulai dari Nabi Adam sampai kepada Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Mabi Musa, Nabi Isa serta semua Nabi-Nabi. Itulah satu-satunya Ilmu yang paling suci & tidak dicampuri kebodohan. Itulah satu-satunya pokok kebenaran, titik kebenaran, titik permulaan untuk menyelidiki segala cabang Ilmu Pengetahuan.

Ilmu Pengetahuan adalan proses perkembangan & kemajuan pemikiran manusia dalam mencari kebenaran. Manusia mudah menjadi sesat serta musyrik dengan menyembah berhala & menjadi kafir oleh kerana ia berpaling daripada ajaran Tuhan yang disampaikan kepada manusia melalui perantaraan Nabinya.

Kekafiran adalah suatu contoh daripada kebodohan. Kebodohan yang paling besar adalah yang tidak mengenal Tuhan, Maha Pencipta Alam Semesta ini. Setiap Nabi berusaha menyampaikan ajaran Tuhan kepada manusia yang semakin membiak akan tetapi sebahagiannya tidak mahu menerima petunjuk.Kebanyakan mereka yang menerimanya akan menempuh ke arah jalan yang sesat setelah kehilangan petunjuk atau mereka sendiri yang memutar-belitkan dengan memasukkan hal-hal yang baru & mereka kembali kepada kemusyrikan serta kekafiran.

Sesuai dengan keadaan dunia dimana ia memerlukan agama yang lengkap & secara umumnya Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW unutk merintis kembali ajaran yang asli, agar memperingatkan kepada manusia kepada dua prinsip;

Pertama: Prinsip Ketuhanan Yang Maha Esa. Firman Allah SWT yang bermaksud; “Adapun Tuhanmu adalah Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan selain Dia. Yang Maha Pemurah lagi Penyayang”. (Surah AL-Baqarah.Ayat 163).

Kedua: Prinsip Umat Manusia yang satu atas Tuhan yang Satu. Nabi Muhammad SAW bersabda; “Wahai sekelian orang, sesungguhnya Tuhanmu itu Satu dan asal mu itu satu. Semua kamu itu dari Adam dan Adam dari Tanah. Yang termulia disisi allah ialah yang paling Taqwa”.

Kehormatan manusia diambil dari sifat manusia itu sendiri bukannya dari bangsanya, keturunannya, lapisannya, warnanya, kekayaan dan sebagainya. Jika seseorang itu bertakafur sejenak atas dirinya sendiri ia dapat mengetahui bahawa siapa dirinya pada masa dahulunya “ia tidak ada”. Dia akan sedar bahawa dirinya terjadi hasil dari hubungan Ibu-Bapanya iaitu dari setitis air mani yang tidak mempunyai akal sedikit pun. Alangkah lemah & hinanya manusia, ia hanya merupakan setitis air mani itu. Demikianlah yang kita ketahui bahawa manusia itu menemukan dirinya didalam kejadian yang sangat kecil & hina bila dibandingkan dengan Kebesaran, Kekuasaan, Kebijaksanaan & Kasih Sayangnya, Tuhan yang Maha Pencipta. Kalau difikirkan lagi manusia itu adalan makhluk yang paling lemah di atas dunia ini.

Manusia akan menjadi sedar akan sifat Rahman & Rahimnya Allah sebagaimana Kekuasaan & Kebijaksaannya. Inilah alam dunia yang diciptakan Allah dengan penuh keajaiban sebagai bukti Kekuasaannya & Kebijaksanaan dengan berbagai-bagai kelengkapan yang diciptakanNya sebagai tanda kasih sayangNya demi keperluan hidup manusia, oleh itu manusia akan mengetahui bahawa Allah itu “ADA”. Manusia sendiri akan sedar & mula berfikir, bahawa semua benda-benda yang diagungkan & disembah seperti sungai yang besar boleh menjadi kering airnya, sungai itu sendiri tidak berkuasa. Bulan, Matahari & Bintang-bintang juga terikat kepada Undang-Undang yang mengatur seperti mana yang ditetapkan, dimana ia tidak dapat mengadakan pergeseran sesama sendiri. Semuanya itu berjalan mengikut ketentuan-ketentuan yang telah digariskan masing-masing.

Demikanlah semua sifat-sifat Tuhan & Ketuhanan itu berada pada satu diri & mustahil pada dua diri. Firman Allah yang bermaksud; “Jika ada Tuhan dilangit dan dibumi selain Allah, maka niscaya binasalah langit dan bumi. Maka pada tingkat dimana keyakinan kita bahawa tidak ada satupun yang mempunyai tanda-tanda Ketuhanan, maka sudah tentu ada Tuhan yang mempunyai sifat-sifat Ketuhanan, tiada satupun selainnya yang patut menjadi Tuhan. Inilah erti, 'Illallah' dan menjadilah kesempurnaan Kalimat, 'Laa Ilaaha Illallah'”.'Laa Ilaaha Illallah' sebagai pokok kebenaran & menjadi titik permulaan untuk menyelidiki segala cabang-cabang Ilmu Pengetahuan yang sangat suci & benar, tidak dicampuri oleh kemusyrikan & kebodohan. Semua kepercayaan, perintah undang-undang islam berdiri diatas dasar itu. Cubalah hilangkan kalimah itu, maka tidak ada lagi yang tinggal di dalam islam. Itulah menjadi syarat uatama kepercayaan untuk menjadi seorang Muslimin. Ilmu Tauhid menyatakan, “Awwaluddin Ma'rifatullah”, Pokok beragama ialah mengenal/mengakui adanya Allah.

:- Artikel sebuah buku kepunyaan En. Zainal bin Musa.